10 Jul 2010

Koleksi USB Flash Drive Yang Unik! (1)

Flash drive bentuk burger.


 Flash drive ULTRAMAN?



Ada ke USB flash drive yang diperbuat dari kayu?

 Flash drive bentuk jari?


 Flash drive bentuk sushi. Nyum-nyum!


Flash drive ke atau penyepit kain?


Flash drive bentuk bom tangan. Fire in the hole! =P


Flash drive bentuk kuih donat. 

Flash drive dengan alkohol?



 Flash drive bentuk kentang goreng @ french fries.

Huh! Memang kreatif sungguh mereka ini. Bermacam-macam design flash drive yang dihasilkan.
Yang mana satu pilihan anda?
 

5 Jul 2010

Cara Letak Password Dalam Pendrive / USB Flash Disk!

Data-data anda dalam pendrive selalu dicuri?
Nak tahu bagaimana cara untuk mengelakkan data-data dalam pendrive / flash disk anda dibaca atau dicuri oleh orang lain?

Cara paling mudah adalah dengan menggunakan password. Jika ada seseorang memasukkan password yang salah, komputer akan shutdown secara automatik.

28 Jun 2010

Cara Remove Virus BrO_AcT.exe


Apakah itu Virus BrO_AcT?
Virus BrO_AcT, adalah virus worm komputer yang berupaya membuat salinan dirinya sendiri dan disebarkan melalui melalui USB flash drive, pendrive dan pelbagai lagi storan mudah alih. Virus BrO_AcT boleh melambatkan komputer anda, mengubah setting Internet dan desktop anda, menggunakan RAM memori, membanjiri komputer anda dengan iklan pop-up dan menghapuskan fail anda. Ini kerana virus BrO_AcT mempunyai kemampuan untuk menyalin dan menyebarkan virus dengan sendirinya, dan virus ini perlu dihapuskan sebelum komputer anda menjadi lebih teruk.

22 Jun 2010

Tingkatkan Prestasi PC Anda!

Terdapat pelbagai tips-tips dan cara-cara untuk melajukan / melancarkan prestasi PC anda dan ini adalah salah satu daripadanya.

Pada kali ini, saya akan mengajar anda cara-cara untuk melajukan PC dengan cara menghentikan (disable) services-services yang terdapat pada Windows. Services pada Windows adakalanya menganggu dan menjejaskan prestasi komputer. Oleh itu, anda perlu menghentikan beberapa services yang tak diperlukan pada Windows anda.

15 Jun 2010

Cara Melindungi Komputer Anda Dari Virus Dengan Mematikan Fungsi Autorun!

Kebanyakan komputer menggunakan flash drive, pendrive, portable media dan media penyimpanan yang lain untuk penyimpanan dan pemindahan data. Apabila anda memasukkan flash drive anda ke dalam port USB sahaja, secara automatik satu Windows akan dipaparkan iaitu fail autorun.inf yang mengandungi senarai proses yang anda boleh pilih untuk memulakan USB flash drive anda.


28 Mei 2010

Command Prompt Anda Disekat? Gunakan Perisian Alternatif!

Adakah anda pernah mengalami masalah di mana anda tidak dapat membuka Command Prompt (CMD) pada Windows anda?
Command Prompt merupakan salah satu komponen penting yang terdapat dalam sistem operasi Windows. Command Prompt ini mempunyai banyak kemudahan termasuk membaiki sistem operasi anda, mengenalpasti virus yang wujud pada komputer anda dan banyak lagi.

23 Mei 2010

Jom Download Wallpaper FIFA 2010


Kepada semua peminat bolasepak dan penonton setia Piala Dunia 2010, jom tambah demam anda dengan muat turun 40 wallpaper FIFA 2010 secara percuma!

Jom Buat Search Engine Anda Sendiri !

Teringin nak buat Search Engine anda sendiri seperti Google, Yahoo!, MSN, Bing dan sebagainya?

Pada entri kali ini, saya akan menunjukkan anda tentang cara-cara membuat Search Engine anda sendiri.

Tak tahu apa itu Search Engine? Search Engine atau mesin pencari adalah laman web percuma yang anda boleh untuk mencari informasi atau sebarang maklumat di Internet. Lihat sini.

Siapa Nak Trafik Free? Rahsia Menjana Trafik Terbaru!

 
Apa Itu ExitFire.com?
ExitFire.com adalah perkhidmatan terkini yang dihasilkan untuk membantu anda mendapatkan trafik ke laman web atau blog anda. ExitFire juga adalah sebuah platform yang membolehkan website / blog bertukar-tukar trafik. Pendek kata, ExitFire membawa trafik dan menjana trafik. Semakin banyak orang yang anda ceritakan tentang perkhidmatan ini dan apabila mereka mendaftar dengan anda, anda akan mendapat peratusan daripada berapa banyak mereka peroleh.

22 Mei 2010

Main Pac-Man Kat Google!

Permainan PAC-MAN kat Google?
Google sangat dikenali dengan menukar logo homepage nya bagi merayakan acara-acara atau hari-hari istimewa/ulang tahun (doodle), tetapi hari ini buat pertama kalinya Google telah menukar logo homepage mereka dengan permainan Pac-Man sempena dengan ulangtahun ke-30 dari keluaran Pac-Man Jepun. Dan yang menariknya, logo Google (permainan Pac-Man) ini boleh diakses dan dimainkan.

rex.blog.komputer Kini Bertukar Wajah! Fuyoo! Template Baru!

Akhirnya, rex.blog.komputer dengan secara rasminya telah menukar template-nya daripada template lama, SmellsLikeFacebook ke template baru, Grezyed Blogger. Kalau sebelum ini, rupa template blog ini adalah seperti gambar di bawah, tetapi sekarang rupa bentuk baru adalah seperti yang anda lihat sekarang.

Template lama - SMELLS LIKE FACEBOOK


Template baru - GREYZED BLOGGER
Oleh sebab template ini masih baru, ada beberapa perkara lagi yang masih belum lengkap. Contohnya, link yang kat atas tu (Home, About, Contact Us, Download) belum lagi aku update/link-kan. Sidebar kat tepi tu pun akan di-modify nanti.

So, apa pendapat korang tentang template ini?
Manalah tau ada yang kurang, mana yang lebih, atau mana yang perlu dibaiki untuk blog ni.
Supaya aku dapat buat penambahbaikan.
Cadangan dan pendapat anda amatlah dihargai. =)

Terlupa Kata Laluan Windows? Jom Reset Kata Laluan Anda!

Adakah anda terlupa kata laluan Windows anda?
Relaks, anda tidak perlu panik. Tanpa format semula Windows anda, kini terdapat cara untuk reset password dalam Windows ini. Reset password bermaksud anda mengosongkan password tersebut, membuangnya supaya administrator tidak mempunyai password. Selepas reset password, anda boleh login ke akaun administrator dengan mudah.

20 Mei 2010

Cara Menghentikan Penghantaran E-mail Notifikasi Facebook Ke Email Anda


Adakah anda pernah/letih melihat akaun e-mail anda dihujani dan dibanjiri dengan berpuluh-puluh atau beratus-ratus e-mail notifikasi dari Facebook? Sehingga anda tidak berdaya untuk membuang semua e-mail tersebut? Kebanyakan notifikasi-notifikasi tersebut dapat kita lihat sendiri apabila kita login ke dalam akuan Facebook kita, dan ini sememangnya membazirkan masa dan tenaga kita untuk membuang kesemua e-mail tersebut. Anda sebenarnya

Tips Melajukan Mozilla Firefox Bagi Pengguna Broadband


Pernahkah anda mengalami masalah ketika melayari internet seperti sambungan internet slow, lembab dan sebagainya semasa menggunakan broadband Celcom, DiGi ataupun Maxis?

Jika ya, ini adalah penyelesaiannya. Post pada kali ini berkaitan dengan tips atau trick untuk memastikan sambungan Internet menerusi sebarang perkhidmatan jalur lebar (broadband) mencapai kelajuan yang optimum.

Caranya:

7 Mei 2010

Keyboard Shortcut untuk Microsoft Word




Berikut adalah keyboard shortcut untuk Microsoft Word

CTRL and A Selects all in the current document.
CTRL and B Bold text.
CTRL and C Copies the item or text to the Clipboard and can be pasted using CTRL and V.
CTRL and D Displays the Font dialogue box.
CTRL and E Centre Alignment.
CTRL and F Displays the Find dialog box, to search the current document.
CTRL and G Displays the Go to dialog box, to go to a specific location in the current document.
CTRL and H Displays the Replace dialogue box.
CTRL and I Italic text.

Tips Untuk Remove Windows Genuine Advantages (WGA) Notification



 
Adakah anda pernah mengalami masalah di atas? Apakah yang anda akan lakukan apabila anda berdepan dengan masalah tersebut? Tentu ada yang hantar ke kedai untuk format kan? Jika anda biarkan lama-kelamaan Windows anda mungkin akan menjadi lembab, desktop menjadi gelap ataupun anda memang tak boleh masuk ke bahagian desktop dan Windows akan menyuruh anda mengaktifkan semula Windows anda.

Cara Activate Windows XP




Pergi ke Start > Run > Taip regedit


Cari registry seperti di bawah:


HKEY_LOCAL_MACHINE \ SOFTWARE \ MICROSOFT \ WINDOWS NT \ CURRENTVERSION \ WPAEvents


DOUBLE klik pada OOBETimer. Highlightkan semua Binary Value, kemudian delete semua value tu. Klik OK.


RIGHT klik pada WPAEvents. Klik Permission.

Tips Melajukan Internet

Tips melajukan internet kali ini sesuai bagi pengguna Windows XP dan Windows Vista  Terdapat banyak cara untuk melajukan internet. Salah satunya seperti di bawah. Setting ini akan menjadi sekiranya PC anda bebas daripada virus mahupun spyware dan peningkatan akan berlaku sebanyak 20%. Teknik ini sesuai untuk dicuba pada semua jenis rangkaian internet.

1. Klik Start > Run.
2.Taip code ni : gpedit.msc dan akan muncul Local Group Policy Editor.
3.  Double klik pada Local Computer Policy > Computer Configuration > Administrative Templates > Network > QoS Packet Scheduler.

4. Pergi ke folder QoS Packet Scheduler dan double klik pada Limit Reservable Bandwidth.

Tips Untuk Fix Error Pada Hard Disk

 
Normal Windows

Buka My Computer, kemudian pilih partition yang anda ingin scan. Contohnya Local Disk C:

Right klik partition Local Disk C: > Properties > pilih tab Tools > klik Check Now > tandakan pada kedua-dua kotak Automatically fix files system errors dan Scan for and attempt recovery of bad sectors > Klik Start.

Untuk partition Local Disk C: anda perlu restart komputer. Tunggu sehingga komputer selesai Scan.

Kemudian bila dah masuk ke Desktop, scan pada partition D:, E: dan lain-lain jika ada ikut seperti langkah di atas. Untuk partition selain daripada partition c: anda tak perlu Restart. Tunggu sehingga komputer habis Scan.

5 Kesalahan Pengguna Komputer

 
 
Artikel yang saya akan post kan pada kali adalah hal-hal yang berkaitan kesalahan-kesalahan yang seringkali dilakukan oleh pengguna komputer.

Bagi pengguna komputer yang baru biasanya mereka terdedah kepada ancaman virus, spyware, worm dan sebagainya. Ini kerana mereka tidak mengambil langkah berjaga-jaga apabila menggunakan USB sama ada pendrive ataupun external hard disk dan juga internet.

Kebiasaannya komputer kita terdedah kepada ancaman melalui internet samada melalui e-mel ataupun website. Apabila sesebuah komputer itu dijangkiti dan orang lain berkongsi fail dengan komputer yang dijangkiti itu maka virus akan lebih mudah merebak. Terdapat 5 jenis kesalahan yang sering dilakukan oleh pengguna komputer iaitu:

1. Tidak Update Antivirus
Seperti mana yang kita semua tahu setiap hari terdapat pelbagai jenis virus dilepaskan dan disebarkan samada secara suka-suka ataupun untuk mengaut keuntungan. Jadi anda perlulah memasang perisian antivirus yang boleh dipercayai sumbernya seperti Kaspersky, Avira, Bitdefender, AVG dan sebagainya.

10 Cara Meningkatkan Prestasi Komputer / Laptop Anda

Komputer anda perlulah sentiasa dijaga dan dibelai seperti anda menjaga barang-barang anda yang lain. Setiap bulan, minggu mahupun hari anda perlu sentiasa check komputer anda untuk mengenalpasti sebarang masalah yang berlaku bagi mengelakkan ianya menjadi lebih teruk sekiranya dibiarkan terlalu lama.

Untuk itu anda perlulah mengetahui cara untuk meningkatkan prestasi komputer anda. Saya ada sediakan 10 cara untuk meningkatkan prestasi komputer seperti di bawah :

1. Jika RAM anda kurang daripada 512MB, upgrade RAM anda ke 1GB @ 2GB dan kelajuan PC akan bertambah baik.

2. Pastikan Windows XP anda menggunakan NTFS file system. Cara untuk kenal pasti samada anda gunakan FAT32 ataupun NTFS ialah dengan double click pada My Computer, klik kanan pada C: drive, pilih Properties. Kemudian lihat pada File System type.

15 Apr 2010

Digi Prepaid Internet

Hari aku akan post 1 entri yang berkaitan dengan Internet Pra-bayar (Prepaid Internet). Internet Pra-bayar yang aku maksudkan ialah DiGi Prepaid Internet. Aku mendapat tahu tentang 'kewujudan' Digi Prepaid Internet ini daripada risalah (brochure) DiGi dan juga daripada kawan aku yang telah memilikinya. Dia menerangkan segala maklumat berkaitan dengan Digi Prepaid Internet ini dan aku telah membuat keputusan untuk mendapatkan Prepaid Internet ini.

Dan pada hari Ahad yang lalu (11 April), aku telah membeli DiGi Prepaid Internet tersebut dengan harga RM25. Hanya dengan harga ini sahaja, aku dapat melayari internet dengan perkhidmatan yang terbaik daripada DiGi.


Aku berpuas hati dengan produk terbaru ini kerana :
  • Amat mudah dan senang - tiada pendaftaran dan pengaktifan diperlukan 
  • Praisi dengan akses Internet selama 5 hari 
  • Kelajuan muat turun (download) sehingga 384 kbps (di antara rangkaian Turbo 3G™) 
  • Nikmati Internet berkelajuan tinggi di seluruh negara (Turbo 3G™ & EDGE) 
  • Pek isi semula (reload) boleh didapati di semua lokasi seluruh negara

9 Feb 2010

Shut Down PC Dengan Hanya Satu Klik?

Mustahil?? Hmm.. Sekarang ia tidak mustahil bagi anda. Anda juga boleh lakukannya.
Ikuti arahan ini untuk membuat one-click shutdown :
  • Pergi ke Desktop anda. 
  • Pada Desktop, klik kanan dan pergi ke New, kemudian ke Shortcut (buat shortcut baru). 
  • Sekarang anda akan melihat pop-up yang mengarahkan anda untuk memasukkan command line path. Masukkan salah satu daripada ini sebagai path: SHUTDOWN-s-t 0

Menyelesaikan Masalah Windows Genuine Advantage

Jika anda mengalami masalah seperti gambar di atas, Windows Genuine Advantage Notifications. terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk membuang peringatan tersebut.

8 Feb 2010

Lagi-Lagi Info Perisian Anti-Virus!

Perisian antivirus sangat penting untuk sesebuah komputer, ini bagi melindungi komputer tersebut daripada dimasuki oleh virus-virus komputer yang boleh menyebabkan kerosakan data dan sebagainya, terdapat beberapa perkara yang perlu kita titikberatkan semasa memilih antivirus untuk komputer anda. 
Antaranya ialah :

Panduan Membeli Komputer Riba @ Laptop/Notebook

    Komputer riba ataupun lebih dikenali sebagai ‘laptop’ kini bukan lagi dianggap sebagai lambang kemewahan. Jika kembali ke tiga tahun yang lalu, dan lihat orang yang membawa laptop, kita  pasti menyangka bahawa orang tersebut merupakan orang yang berkelas tinggi dan orang yang kaya.
    Tetapi pada zaman sekarang, seiring dengan kemajuan teknologi ini, laptop bukan dilihat sebagai barang mewah lagi. Laptop sudah menjadi satu keperluan bagi setiap individu, sama ada individu yang masih belajar mahupun yang sudah bekerja.
    Saya tahu, anda yang berada di luar sana tentu menginginkan laptop kepunyaan sendiri, bukan? Mempunyai laptop kepunyaan sendiri adalah lebih baik dan sangat digalakkan berbanding menggunakan komputer di cyber café kerana keselamatan data-data kita akan lebih terjamin.

Cara Membuang Virus New Folder.exe

Virus New Folder.exe dianggap sebagai virus yang ‘menjengkelkan’ yang mungkin pernah menjangkiti komputer anda. Virus ini hanya  bersaiz 261 kb, tetapi berpotensi untuk merosakkan komputer anda.
Virus New Folder.exe biasanya disebarkan melalui flash drive/ pendrive dan  sebaik sahaja anda  double-klik virus tersebut, ia  akan membuat folder berformat .exe yang serupa dengan folder-folder yang terdapat dalam komputer/flash drive anda. 

Tanda-Tanda Jangkitan Virus Komputer

Dalam dunia tanpa sempadan ini, apa saja boleh berlaku. Kecanggihan teknologi juga boleh disalahguna. Virus dicipta untuk menyusahkan orang lain. Walaupun kita mempunyai perisian anti virus, belum tentu ianya memberi kita jaminan 100% kepada komputer kita untuk dijauhi oleh virus. Tahukah anda apakah tanda-tanda jika PC kita telah dijangkiti virus?

Tanda-tanda PC anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut :

Jom HIBERNATE!

Apakah Kelebihan Hibernate?
Sebagai contoh, anda membuka lebih dari satu aplikasi pada komputer anda, Microsoft Word, Mozilla Firefox, Adobe Photoshop dsb. Dan anda belum lagi save semua dokumen-dokumen dalam aplikasi tersebut. Apabila bila anda Hibernate komputer anda , ia akan terpadam dan anda boleh menanggalkan plag elektrik. ‘ON’ kan semula komputer anda dan lihat semua aplikasi tersebut masih terbuka, bersama semua dokumen yang anda belum save tadi! Menarik, bukan? Proses ‘ON’ kan  semula komputer menjadi lebih mudah dan cepat jika anda Hibernate, berbanding dengan Shut Down.

Kenapa Komputer HANG?

Adakah anda pernah mengalami situasi di mana komputer yang sedang kita gunakan ‘hang’ secara tiba-tiba?

Pelbagai faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku dan kita sendiri tidak menyedarinya. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan komputer ’hang’ ialah :Konflik hardware—kadang kala situasi ini terjadi disebabkan ketidakupayaan sesebuah hardware untuk menyokong hardware lain untuk beroperasi. Sebagai contoh, motherboard tidak dapat menyokong kad VGA. Ini menyebabkan paparan pada skrin monitor kelihatan seperti berkotak-kotak. Masalah ini juga dikaitankan dengan pemasangan (installation) hardware yang tidak sempurna.Masalah RAM—RAM yang bermasalah juga menyebabkan berlakunya BSOD (Blue Screen Of Death). Ini juga berlaku akibat konflik pada 2 RAM yang spesifikasinya berbeza yang dipaksa untuk dipasangkan pada satu komputer. BIOS—Cuba lakukan update pada BIOS komputer anda, ini boleh mengurangkan risiko daripada komputer anda menjadi ‘hang’.Virus—Virus juga menyebabkan komputer kita menjadi ‘hang’. Inilah sebabnya kita perlu mempunyai perisian anti-virus yang baik dan dilengkapi dengan RTP (Real-Time Protection) pada komputer kita.Software (perisian)— Ini merupakan faktor utama yang menyebabkan komputer menjadi ’hang’. Sebelum anda memasang sesebuah perisian, anda juga perlu pastikan sama ada perisian tersebut menyokong sistem operasi (Windows XP, Vista, 7, Mac OS dsb.) komputer anda. Periksa juga sama ada ia sesuai dengan system requirements (Intel Pentium, AMD) komputer anda.

Lindungi PC Anda: Tiga Langkah WAJIB!

Langkah 1: Gunakan Internet Firewall
    Sebelum anda menyambungkan komputer anda ke Internet, anda sepatutnya memasang firewall. Ini merupakan suatu perisian atau perkakasan yang membantu menghalang penggodam (hacker), dan banyak jenis virus dan cacing (worms), daripada mengakses komputer anda.

7 Feb 2010

Selamatkan USB Flash Drive Anda Dengan USB WriteProtector

Adakah anda masih ingat tentang disket yang pada awalnya, disket menjadi storan portable paling popular dan banyak digunakan oleh individu-individu mahir IT.

6 Feb 2010

CARA MELINDUNGI PC ANDA

Jika PC anda sering dikongsi dengan rakan-rakan atau keluarga dan juga bersambung ke internet, maka ia pasti terdedah kepada jangkitan virus atau sebarang perisian jahat. Dengan cara-cara berikut boleh membantu anda dalam mengendalikan PC anda supaya anda tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku jangkitan virus.

8 Tips Mempercepatkan WINDOWS Anda!


Pada kali ini kami akan mengajar anda sedikit sebanyak tentang tips-tips dan trik bagi mempercepatkan Windows anda.  Berikut merupakan masalah yang sering dihadapi oleh Windows dan cara untuk mengatasinya.

1. Start Up lambat.
- klik START > Run,
- taipkan msconfig dalam kotak  disediakan.
- di tab `Startup’, un-tick program-program yang anda tidak perlukan.

2. START Menu lambat muncul.
- klik START > Run dan taipkan regedit.
- klik HKEY_CURRENT_USER > Control Panel > Desktop, cari MenuShowDelay dan klik dua kali untuk mengubah nilainya.
- Lebih rendah nilainya, lebih cepat START Menu akan muncul.

Panduan Memilih USB Flash Drive

Kewujudan  pemacu kilat USB (atau dikenali sebagai flash drive USB) pada zaman kini telah mengenepikan beberapa rumusan storan yang lain. Pemacu kilat USB sekarang sudah menjadi trend di kalangan individu yang sering menggunakan komputer.

Langkah-Langkah Menghilangkan Virus Komputer

Virus komputer ialah sejenis program komputer yang dicipta untuk melakukan kerosakan pada sesebuah sistem komputer. Virus komputer juga merupakan salah satu jenis program komputer, sama seperti Windows, games, Microsoft Word dan sebagainya. Apabila sesuatu program mendatangkan kerosakan pada komputer, maka ia digelar sebagai virus komputer.

Virus komputer mudah tersebar melalui peranti perantaraan seperti disket, CD, pemacu kilat USB, dan sebagainya. Biasanya individu yang tidak mempunyai sambungan internet pada komputernya lebih mudah terkena virus kerana program antivirus yang telah dipasangkan dalam komputer tersebut tidak diupdate sehingga antivirus tersebut tidak  dapat dapat mengesan kehadiran virus-virus baru.
    Namun, terdapat beberapa langkah untuk menghilangkan virus secara manual dari komputer anda sekiranya komputer anda sudah dijangkiti virus komputer ini. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut :

LANGKAH 1
Matikan proses yang dijalankan oleh virus. Proses ini biasanya akan memantau aktiviti di dalam system dan akan beroperasi apabila ada aktiviti tertentu yang dikenali oleh virus tersebut. Sebagai contoh, semasa anda memasang pemacu kilat USB ke dalam komputer, proses virus akan mengenali aktiviti tersebut dan akan menyebarkan virus yang sama ke dalam pemacu kilat USB tersebut.

Proses ini boleh dilihat dari aplikasi Task Manager yang boleh diaktifkan dengan menekan butang CTRL + ALT + DEL. Namun, kadangkalanya virus akan menyekat aplikasi ini dengan melakukan log off, menutup window Task Manager, atau restart sistem pada komputer anda.

Kaedah lain untuk mengesan dan mematikan proses virus ialah dengan menggunakan tool Process Explorer yang anda boleh muat turun dari sysinternals.com. Dengan tool ini, anda boleh mematikan proses yang dianggap virus. Semasa mematikan proses virus, anda perlu meneliti proses virus tersebut kerana adakalanya proses virus ini terdiri dari satu proses yang sama.

Apabila satu proses dimatikan, satu proses lagi akan dihidupkan dengan proses yang lain. Oleh itu kita perlu kenali terlebih dahulu  proses yang dianggap virus dan matikan semua proses tersebut dengan cepat. Virus biasanya akan menyamarkan diri menyerupai proses Windows seperti IExplorer.exe. Contoh tools lain yang anda boleh gunakan ialah HijackFree.

LANGKAH 2
Lakukan pengembalian nilai default parameter sistem. Parameter tersebut terletak pada registry Windows yang boleh diresetkan dengan nilai defaultnya. Buka aplikasi Notepad, copy dan paste file registry berikut dan  save fail tersebut dengan nama registrydefault.exe. Kemudian klik dua kali pada fail tersebut dan bila ia meminta pengesahan, anda boleh menjawab Yes atau No. Berikut merupakan file registry tersebut : 

[HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Advanced]
"Hidden"=dword:00000000
"SuperHidden"=dword:00000000
"ShowSuperHidden"=dword:00000000

[HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\ControlSet001\Control\SafeBoot]
"AlternateShell"="Cmd.exe"
[HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\ControlSet002\Control\SafeBoot]
"AlternateShell"="Cmd.exe"
[HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control\SafeBoot]
"AlternateShell"="Cmd.exe"

[HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon]
"Shell"="Explorer.exe"
"Userinit"="C:\WINDOWS\system32\userinit.exe,"

[HKEY_CLASSES_ROOT\regfile\shell\open\command]
@="regedit.exe \"%1\""

[HKEY_CLASSES_ROOT\scrfile\shell\open\command]
@="\"%1\" %*"

[HKEY_CLASSES_ROOT\piffile\shell\open\command]
@="\"%1\" %*"
[HKEY_CLASSES_ROOT\comfile\shell\open\command]
@="\"%1\" %*"
[HKEY_CLASSES_ROOT\exefile\shell\open\command]
@="\"%1\" %*"

File registry tersebut akan membuka penyekatan regedit, mencegah virus menembusi sistem dalam komputer dan me`reset’kan parameter yang lain bagi mengelakkan virus beroperasi lagi.

LANGKAH 3
Hapuskan entri virus pada autorun dan startup Windows. Anda boleh menggunakan tool yang sedia ada pada Windows anda iaitu    MSCONFIG, melalui Regedit ataupun dengan menggunakan tools pihak ketiga seperti Autoruns untuk menghapuskan entri virus autorun dan startup. Periksa folder Startup pada Start Menu > Programs > Startup dan pastikan tidak ada entri virus tersebut.

LANGKAH 4
Muat turun perisian antivirus dan lakukan imbasan penuh (full scan) pada sistem agar antivirus memeriksa keseluruhan sistem dan menyingkirkan virus yang dikesan. Contoh antivirus yang baik adalah Kaspersky Antivirus, ESET NOD32, AVG AntiVirus, Avira AntiVir PE dan banyak lagi. 

LANGKAH 5
Pastikan komputer anda bersih dari- pada segala jenis virus. Sebelum anda restart komputer anda, pastikan tidak ada virus yang masuk ke dalam proses sistem, autorun dan startup. Ini bagi mengelakkan komputer anda tidak kembali seperti sedia kala, ini bermaksud virus dalam komputer anda tidak dibuang dan masih lagi bertapak dalam komputer anda. Kemudian barulah restart semula komputer anda. 

LANGKAH 6
Setelah selesai restart komputer anda, periksa semula komputer anda dan perhatikan jika tindak balas virus masih ada atau tidak. Jika ada, anda mungkin terlepas beberapa proses autorun virus atau pengembalian nilai default yang anda lakukan  parameter sistem tidak berhasil. Lakukan semula langkah-langkah tersebut dan periksa dengan lebih cermat setiap langkah yang anda lakukan sebelum melakukan restart pada sistem.

Untuk mengelakkan virus masuk ke dalam komputer anda sekali lagi, anda perlu selalu lakukan update pada antivirus anda sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tiga perisian  yang perlu ada dalam komputer anda bagi mengelakkan jangkitan virus komputer adalah perisian anti-virus, anti-spyware dan firewall. Perisian-perisian ini anda boleh muat turun dari softpedia.com, filehippo.com dan sebagainya. 

Selamat mencuba.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails