28 Mei 2010

Command Prompt Anda Disekat? Gunakan Perisian Alternatif!

Adakah anda pernah mengalami masalah di mana anda tidak dapat membuka Command Prompt (CMD) pada Windows anda?
Command Prompt merupakan salah satu komponen penting yang terdapat dalam sistem operasi Windows. Command Prompt ini mempunyai banyak kemudahan termasuk membaiki sistem operasi anda, mengenalpasti virus yang wujud pada komputer anda dan banyak lagi.
Tetapi, jika virus telah menjangkiti komputer anda, penggunaan Command Prompt ini akan disekat oleh virus tersebut. Menggunakan Command Prompt dengan sedikit kemahiran ICT anda dapat mematikan proses yang dijalankan oleh virus tersebut sekaligus membuang virus-virus yang telah menjangkiti sistem operasi anda.

Bagaimanakah caranya untuk memasuki Command Prompt ini?
Windows XP : Klik pada butang Start, kemudian klik pada “RUN” dan taip cmd, kemudian OK.
Windows Vista : Klik pada butang Start, kemudian pada ruangan kosong ” Search programs and files” taip cmd.
Windows 7 : Klik pada butang Start, kemudian pada ruangan kosong ” Search programs and files” taip cmd.

Jika anda tidak dapat memasuki perisian tersedia Command Prompt yang ada pada sistem operasi anda, kemungkinan besar ianya adalah disebabkan virus. Namun anda tidak perlu risau kerana terdapat perisian alternatif yang berfungsi sama seperti Command Prompt ini yang boleh anda gunakan.

Muat turun Greg's DOS Shell di sini : 

Muat turun Quick Command Prompt 1.0.1 di sini :  http://www.softexpanse.com/downloads/quickcmd.zip

Muat turun BatMonkey SendTo Module 1.01 di sini : 

Muat turun PowerCMD di sini : 

Muat turun PowerShell di sini : 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails