2 Jun 2010

Perisian Penting Yang Perlu Ada Dalam PC!



Berikut merupakan perisian-perisian penting yang perlu ada dalam komputer anda :

Adobe Reader - untuk membuka fail atau dokumen yang berformat PDF.

CCleaner - untuk membersihkan 'sampah-sampah' yang terdapat di dalam Windows anda. Juga berfungsi sebagai registry cleaner dan uninstaller program.  

Advanced System Care - meng'optimize'kan atau meningkatkan tahap kelajuan prestasi komputer anda dengan pelbagai tahap imbasan (scanning) seperti Spyware Removal, Registry Fix, Privacy Sweep, Junk Files Clean, dan banyak lagi.

Defraggler - menyusun fail-fail anda satu per satu dengan lebih teratur dan seterusnya meningkatkan tahap prestasi komputer anda.

Unlocker - bertindak jika terdapat fail-fail yang tidak boleh didelete.

WinRar -  digunakan membuka fail-fail atau dokumen yang berformat .zip, .rar, .tar, .iso dan sebagainya.

Mozilla Firefox dan Google Chrome - berfungsi sebarang pelayar web untuk melayari internet.

Spybot Search & Destroy - perisian yang memastikan komputer kita terhindar dari ancaman seperti spyware dan sebagainya. 

Nero Burning Rom dan Ashampoo Burning Studio - digunakan untuk 'burn' DVD, VCD, CD dan sebagainya.

Perisian Antivirus - perisian yang berupaya untuk menghalang virus daripada masuk ke dalam komputer anda dan sekaligus membuang virus tersebut. Terpulang kepada anda untuk memilih mana-mana perisian antivirus, tetapi di sini saya syorkan perisian antivirus AVG, Avira, Kaspersky, NOD32, dan Norton Antivirus.

Pemain Audio & Video - digunakan sebagai pemain video & audio bagi fail-fail media yang berformat .avi, .flv, .wmv, .mov dan sebagainya. Contohnya, GOM Player, K-Lite Codec Pack, VLC Media Player, Real Player dan Winamp.

Internet Download Manager - perisian ini adalah yang terbaik jika anda ingin memuat turun sesuatu dari internet. Sungguh mudah dan pantas. 

Flash Video Player - untuk membolehkan video flash dibuka sama ada dari Mozilla Firefox atau Internet Explorer. (Contoh video dari Youtube, Metacafe dan sebagainya.) 

TuneUp Utilities 2010 - perisian yang menyediakan full maintenance program untuk komputer anda. Antaranya, defragment registry, clean registry, gain disk space, turbo mode, tukar boot screen, tukar logon screen dan sebagainya. Perisian ini juga amat mudah digunakan. 

E-Kamus - ini merupakan kamus elektronik di dalam komputer anda. Dengan e-kamus ini, anda tidak perlu bersusah payah membelek-belek kamus dewan yang tebal itu. Anda hanya perlu taip perkataan yang anda cari pada ruang disediakan. Sesuai untuk para pelajar.
Link muat turun : http://www.mediafire.com/?z33wtmzzofm

*klik pada nama perisian untuk muat turun.*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails