15 Apr 2010

Digi Prepaid Internet

Hari aku akan post 1 entri yang berkaitan dengan Internet Pra-bayar (Prepaid Internet). Internet Pra-bayar yang aku maksudkan ialah DiGi Prepaid Internet. Aku mendapat tahu tentang 'kewujudan' Digi Prepaid Internet ini daripada risalah (brochure) DiGi dan juga daripada kawan aku yang telah memilikinya. Dia menerangkan segala maklumat berkaitan dengan Digi Prepaid Internet ini dan aku telah membuat keputusan untuk mendapatkan Prepaid Internet ini.

Dan pada hari Ahad yang lalu (11 April), aku telah membeli DiGi Prepaid Internet tersebut dengan harga RM25. Hanya dengan harga ini sahaja, aku dapat melayari internet dengan perkhidmatan yang terbaik daripada DiGi.


Aku berpuas hati dengan produk terbaru ini kerana :
  • Amat mudah dan senang - tiada pendaftaran dan pengaktifan diperlukan 
  • Praisi dengan akses Internet selama 5 hari 
  • Kelajuan muat turun (download) sehingga 384 kbps (di antara rangkaian Turbo 3G™) 
  • Nikmati Internet berkelajuan tinggi di seluruh negara (Turbo 3G™ & EDGE) 
  • Pek isi semula (reload) boleh didapati di semua lokasi seluruh negara

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails