28 Jun 2010

Cara Remove Virus BrO_AcT.exe


Apakah itu Virus BrO_AcT?
Virus BrO_AcT, adalah virus worm komputer yang berupaya membuat salinan dirinya sendiri dan disebarkan melalui melalui USB flash drive, pendrive dan pelbagai lagi storan mudah alih. Virus BrO_AcT boleh melambatkan komputer anda, mengubah setting Internet dan desktop anda, menggunakan RAM memori, membanjiri komputer anda dengan iklan pop-up dan menghapuskan fail anda. Ini kerana virus BrO_AcT mempunyai kemampuan untuk menyalin dan menyebarkan virus dengan sendirinya, dan virus ini perlu dihapuskan sebelum komputer anda menjadi lebih teruk.

Virus BrO_AcT turut dikenali sebagai :
W32.sillyDC
Win32.HLLW.Broact
WORM_VB.BHE
W32/SexyGirl.A.worm
Worm/VB.DH.1
BrO_AcT.exe
MySexy.exe
 


Simtom-simtom apabila komputer anda telah dijangkiti virus BrO_AcT :
  1. Komputer anda akan menjadi perlahan dan cepat hang. 
  2. Satu pop-up Windows akan terpapar apabila login ke Windows (BrO_AcT.exe).
  3. Semua tajuk program atau folder akan diakhiri dengan perkataan [:Restricted by BrO_Act:].
  4. Apabila anda cuba membuka folder C:\Windows\System32 atau sesetengah program lain, Windows Explorer atau program tersebut akan tertutup dengan sendirinya.
  5. Perisian antivirus anda akan dinyahaktifkan (deactivated)
  6. Proses Shut Down disekat, mesej Critical Error akan terpapar.
  7. Akses ke Task Manager, Regedit, Msconfig, Folder Option dan Command Prompt juga disekat.
Virus ini akan membuat dan menambah fail-fail seperti :
  • C:\Windows\system32\BrO_AcT.exe-C:\WINDOWS\default__.pif 
  • C:\WINDOWS\SYSTEM32\ReAct_User\svchost.exe
  • C:\WINDOWS\SYSTEM32\ReAct_User\winlogon.exe
  • C:\ReActLog
  • NTDETCH.com
  • Autorun.inf
  • Beratus-ratus fail dalam C:\System Volume Information\_restore{7C0D0734-E9F5-4A30-ABD4-977206CFACB2}\RP411 (dengan nama seperti A0062080.com, A0062083.pif, A0062092.exe dan sebagainya.) 
  • C:\WINDOWS\system32\MySexy.exe
  • C:\WINDOWS\system32\regedit.com
  • C:\WINDOWS\system32\msconfig.com
Di dalam USB flash drive pula, virus ini akan membuat fail- fail seperti :
  • Autorun.inf 
  • BrO_AcT.exe
  • My_SeXy.exe
Bagaimana nak buang virus BrO_AcT?
Terdapat pelbagai cara untuk membuang virus BrO_AcT, dan ini adalah salah satunya. (Cara ini telah saya cuba sendiri dan memang berhasil.)

Caranya :
Download perisian RemoveIT Pro. Anda boleh download di sini.

Download perisian ANSAV (An's Antivirus). Download di sini.

Kemudian install kedua-dua perisian tersebut dan jalankan scanning.

Setelah selesai, jika ada sebarang virus BrO_AcT atau virus-virus lain yang dikesan, klik Fix atau Delete untuk membuang virus tersebut.

Kemudian restart PC anda. Selesai.

Selamat Mencuba! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails