28 Jun 2010

Cara Remove Virus BrO_AcT.exe


Apakah itu Virus BrO_AcT?
Virus BrO_AcT, adalah virus worm komputer yang berupaya membuat salinan dirinya sendiri dan disebarkan melalui melalui USB flash drive, pendrive dan pelbagai lagi storan mudah alih. Virus BrO_AcT boleh melambatkan komputer anda, mengubah setting Internet dan desktop anda, menggunakan RAM memori, membanjiri komputer anda dengan iklan pop-up dan menghapuskan fail anda. Ini kerana virus BrO_AcT mempunyai kemampuan untuk menyalin dan menyebarkan virus dengan sendirinya, dan virus ini perlu dihapuskan sebelum komputer anda menjadi lebih teruk.

22 Jun 2010

Tingkatkan Prestasi PC Anda!

Terdapat pelbagai tips-tips dan cara-cara untuk melajukan / melancarkan prestasi PC anda dan ini adalah salah satu daripadanya.

Pada kali ini, saya akan mengajar anda cara-cara untuk melajukan PC dengan cara menghentikan (disable) services-services yang terdapat pada Windows. Services pada Windows adakalanya menganggu dan menjejaskan prestasi komputer. Oleh itu, anda perlu menghentikan beberapa services yang tak diperlukan pada Windows anda.

15 Jun 2010

Cara Melindungi Komputer Anda Dari Virus Dengan Mematikan Fungsi Autorun!

Kebanyakan komputer menggunakan flash drive, pendrive, portable media dan media penyimpanan yang lain untuk penyimpanan dan pemindahan data. Apabila anda memasukkan flash drive anda ke dalam port USB sahaja, secara automatik satu Windows akan dipaparkan iaitu fail autorun.inf yang mengandungi senarai proses yang anda boleh pilih untuk memulakan USB flash drive anda.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails