15 Jun 2010

Cara Melindungi Komputer Anda Dari Virus Dengan Mematikan Fungsi Autorun!

Kebanyakan komputer menggunakan flash drive, pendrive, portable media dan media penyimpanan yang lain untuk penyimpanan dan pemindahan data. Apabila anda memasukkan flash drive anda ke dalam port USB sahaja, secara automatik satu Windows akan dipaparkan iaitu fail autorun.inf yang mengandungi senarai proses yang anda boleh pilih untuk memulakan USB flash drive anda.



Ini boleh mengakibatkan program (berkemungkinan virus) yang sudah ada dalam media simpanan beroperasi/bertindak sendiri. Program ini juga dengan sendirinya membuat salinan ke hard drive tanpa anda ketahui.

Oleh itu kita perlu untuk mematikan fungsi autorun di Windows anda untuk mengelakkan jangkitan virus.

Pada tutorial kali ini, saya akan menunjukkan cara bagaimana untuk mematikan/mengelakkan sistem Windows anda dari mencari dan memaparkan fail autorun.inf sebaik sahaja anda memasukkan USB flash drive anda ke dalam port USB.
Ikuti langkah demi langkah ini.

Klik Start -> kemudian klik Run

Taip gpedit.msc dan tekan butang OK.

Ia akan memaparkan Windows Group Policy Editor.

Di sidebar explorer di sebelah kiri, klik pada Computer Configuration. Kemudian klik Administrative Templates, dan klik System.

(klik gambar untuk paparan lebih jelas)


Di sebelah kanan, cari option "Turn off autoplay".

Kemudian, double klik option tersebut.
Klik "Enabled" dan pilih "All drives".


Kemudian klik OK.

Sekali lagi di sidebar explorer sebelah kiri, klik User Configuration. Kemudian klik Administrative Templates, dan klik System.


Di sebelah kanan, cari option "Turn off autoplay".

Buat langkah yang sama seperti anda lakukan tadi dan klik OK.

Restart PC anda.

Sekarang, USB flash drive anda tidak akan memaparkan Windows Autoplay dan komputer anda akan lebih selamat dari jangkitan virus.

Selamat Mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails