20 Mei 2010

Cara Menghentikan Penghantaran E-mail Notifikasi Facebook Ke Email Anda


Adakah anda pernah/letih melihat akaun e-mail anda dihujani dan dibanjiri dengan berpuluh-puluh atau beratus-ratus e-mail notifikasi dari Facebook? Sehingga anda tidak berdaya untuk membuang semua e-mail tersebut? Kebanyakan notifikasi-notifikasi tersebut dapat kita lihat sendiri apabila kita login ke dalam akuan Facebook kita, dan ini sememangnya membazirkan masa dan tenaga kita untuk membuang kesemua e-mail tersebut. Anda sebenarnya boleh menghentikan penghantaran kesemua e-mail notifikasi daripada Facebook.


E-mail notifikasi Facebook membanjiri Inbox e-mail anda!

Cara Untuk Menghentikan Penghantaran E-mail Notifikasi Dari Facebook.
 
1. Log in ke akaun Facebook anda.
 
2. Klik pada butang Account (terletak di sebelah kanan bahagian atas)
 
3. Kemudian klik pada tab Notifications. Anda akan lihat paparan seperti ini (klik pada gambar untuk paparan lebih jelas).
 
 
Di ruangan ini, anda boleh lihat senarai notifications yang boleh anda hentikan sama ada melalui e-mail ataupun sms.
 
 
Terdapat pelbagai kategori yang dapat dilihat : 
 
  • Facebook, 
  • Photos, 
  • Groups, 
  • Pages, 
  • Events, 
  • Notes, 
  • Links, 
  • Video, 
  • Gifts, 
  • Help Center, 
  • Wall Comments, 
  • Other updates from facebook, 
  • Other Applications (contohnya : Pillowfight, Premier Football, My Bffs, Secret Admirer, Test Luck [Daily], Top 10 Fan dan sebagainya.)
4. Apa yang anda perlu lakukan adalah, untick satu-persatu box di bahagian e-mail bagi semua kategori, bermula dari kategori Facebook (Sends me a message) sehinggalah kategori Other Applications ke bawah.


5. Kemudian klik Save Changes. Mudah bukan?

Selamat Mencuba!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails