20 Mei 2010

Tips Melajukan Mozilla Firefox Bagi Pengguna Broadband


Pernahkah anda mengalami masalah ketika melayari internet seperti sambungan internet slow, lembab dan sebagainya semasa menggunakan broadband Celcom, DiGi ataupun Maxis?

Jika ya, ini adalah penyelesaiannya. Post pada kali ini berkaitan dengan tips atau trick untuk memastikan sambungan Internet menerusi sebarang perkhidmatan jalur lebar (broadband) mencapai kelajuan yang optimum.

Caranya:

Klik kanan pada My Computer > Properties > Device Manager.

Klik pada Ports (COM & LPT)


Pilih port untuk sambungan internet. Klik kanan dan pilih Properties.

Pilih tab Port Settings, ubah Bits per second kepada 128000 dan Flow control > hardware.
 

Tekan OK. Siap.

Kemudian, buka Mozilla Firefox.

Taip about:config pada ruang alamat. Tekan Enter.


Keluar paparan tetapan Firefox.





Taip di ruang Filter.





1. nglayout.initialpaint.delay
 
Semak terlebih dahulu sama ada wujud atau tidak. Kalau tidak wujud, ciptakannya seperti berikut:
- Klik kanan, pilih New > String.
- Taip nglayout.initialpaint.delay dan tekan OK.
- Masukkan nilai 0 (sifar) dan tekan OK. Siap.
 



2. Saluran Perhubungan 

- Tetapkan network.http.pipelining kepada True (membenarkan bebanan item yang banyak)
- Tetapkan network.http.pipelining.maxrequests kepada 30 (menggunakan 30 sambungan untuk setiap laman)


 *TIDAK digalakkan untuk laman sesawang yang bukan bersifat keuntungan (non-profit websites) seperti mozilla.org, bzscrap.com
 

3. Sambungan

- Tetapkan network.http.max-connections-per-server /* default = 8 */
Nilai yang tinggi menyebabkan pembahagian akses perkongsian pelayan tidak adil.

- Tetapkan network.http.max-persistent-connections-per-server /* default = 2 */
Nilai yang tinggi menyebabkan pembahagian akses perkongsian proksi tidak adil.

- Tetapkan access:network.http.max-persistent-connections-per-proxy /* default = 4 */

- Tetapkan network.http.max-connections /* default = 24 */

4. Imbas virus
- Tetapkan browser.download.manager.scanWhenDone kepada false 
Melumpuhkan imbasan virus semasa memuat turun sesuatu fail

Tutup Firefox. Klik kanan pada desktop dan refresh. Buka semula dan rasai perbezaannya. 

Selamat mencuba! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails