22 Mei 2010

Terlupa Kata Laluan Windows? Jom Reset Kata Laluan Anda!

Adakah anda terlupa kata laluan Windows anda?
Relaks, anda tidak perlu panik. Tanpa format semula Windows anda, kini terdapat cara untuk reset password dalam Windows ini. Reset password bermaksud anda mengosongkan password tersebut, membuangnya supaya administrator tidak mempunyai password. Selepas reset password, anda boleh login ke akaun administrator dengan mudah.

Entri kali ini akan menunjukkan cara-cara untuk reset password Windows dengan menggunakan Offline NT Password & Registry Editor. Terlebih dahulu, anda perlu muat turun fail ISO bagi Offline NT Password & Registry Editor di sini dan burn ke dalam CD.  

Apabila CD dah sedia, jom ikut langkah-langkah di bawah (klik pada setiap imej untuk besarkan)
  • ON kan komputer anda dan masukkan CD. Pastikan komputer akan boot dari CD.  
  • Mula-mula sekali, boot menu akan keluar. Tekan Enter untuk mulakan Offline NT Password & Registry Editor.   
Langkah 1 - Pilih partition yang mengandungi folder Windows.
  • Offline NT Editor akan memaparkan senarai hard disk yang dijumpai, serta partition yang mempunyai Windows. Pilih partition Windows anda dan tekan Enter.

Langkah 2 - Pilih folder yang mengandungi fail registry
  • Offline NT Editor akan meminta anda memasukkan PATH bagi folder registry. Biasanya anda tidak perlu risau akan hal ini, anda hanya perlu tekan Enter sahaja.
  •  Pada paparan seterusnya, pilih 1 - Password reset [sam system security]

Langkah 3 - Ubah password atau registry
  • Menu Chntpw akan keluar. Pilih 1 - Edit user data and password
  • Di sini, anda harus pilih akaun yang ada hendak ubah. Taip 0x atau taip nama user tersebut. Sebagai contoh, jika saya ingin memilih akaun Khairul, saya perlu taip 0×03eb atau Khairul
  • Kemudian, pilih 1 untuk kosongkan password.
  • Proses reset password kini telah selesai. Taip ! untuk keluar, kemudian taip q bagi memastikan operasi tadi dijalankan.
Langkah 4 - Jalankan operasi
  • Taip y bagi memastikan segala operasi yang telah anda lakukan tadi dijalankan. 
 
Setelah selesai, kini anda boleh restart semula komputer anda dan login ke dalam akaun administrator tadi. 

Selamat mencuba!

2 ulasan:

  1. pergh.. boleh pakai software jer ek skang?
    nice aa bro~

    BalasPadam
  2. yup, x pyah susah2 format smula..
    tp sntiasa b'ingt2 la..
    =)

    thnx bro for komenz..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails