8 Feb 2010

Jom HIBERNATE!

Apakah Kelebihan Hibernate?
Sebagai contoh, anda membuka lebih dari satu aplikasi pada komputer anda, Microsoft Word, Mozilla Firefox, Adobe Photoshop dsb. Dan anda belum lagi save semua dokumen-dokumen dalam aplikasi tersebut. Apabila bila anda Hibernate komputer anda , ia akan terpadam dan anda boleh menanggalkan plag elektrik. ‘ON’ kan semula komputer anda dan lihat semua aplikasi tersebut masih terbuka, bersama semua dokumen yang anda belum save tadi! Menarik, bukan? Proses ‘ON’ kan  semula komputer menjadi lebih mudah dan cepat jika anda Hibernate, berbanding dengan Shut Down.

Bagaimana Hibernate Berfungsi?
Semasa Hibernate, Windows akan menyimpan segala data anda ke dalam hard disk. Data ini
kekal walaupun plag elektrik komputer ditanggalkan. Sebab itulah apabila anda ‘ON’ kan semula komputer anda, data tersebut masih ada. Berbeza dari mod Standby, Windows hanya meletakkan data tersebut pada RAM, dan data ini akan hilang sekiranya anda memutuskan bekalan elektrik.

Bagaimana Nak Hibernate PC?
Klik START Menu > Turn Off Computer. Pada paparan Windows yang keluar, tekan kekunci Shift dan butang Standby akan bertukar kepada Hibernate. 


Anda juga boleh menetapkan butang Sleep pada papan kekunci anda (saya syorkan anda cara ini). Ikuti langkah-langkah ini dalam Windows XP  :
Klik-kanan pada desktop dan pilih
Properties.
Pada Display Properties pilih tab Screen Saver.
Pada bahagian Monitor Power, klik pada butang Power.
Pada Power Options Properties, perhatikan bahagian Power buttons. Pada pilihan 'When I press the sleep button on my computer', pilih Hibernate dari drop-down menu tersebut.
Klik pada butang
Apply dan OK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails