8 Feb 2010

Tanda-Tanda Jangkitan Virus Komputer

Dalam dunia tanpa sempadan ini, apa saja boleh berlaku. Kecanggihan teknologi juga boleh disalahguna. Virus dicipta untuk menyusahkan orang lain. Walaupun kita mempunyai perisian anti virus, belum tentu ianya memberi kita jaminan 100% kepada komputer kita untuk dijauhi oleh virus. Tahukah anda apakah tanda-tanda jika PC kita telah dijangkiti virus?

Tanda-tanda PC anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut :
  • PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku.
  • Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.
  • Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
  • Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walaupun sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
  • Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang secara tiba-tiba.
  • Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
  • Kita tidak boleh meng’install’ sebarang program atau aplikasi baru.
  • Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
  • Program utility Windows seperti Scan Disk menunjukkan banyak error pada hard disk selepas melakukan imbasan.
  • Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
  • Drive partition bagi hard disk, CD-ROM dan disket tiba-tiba sahaja hilang.
  • Perisian Antivirus tidak boleh di’install’.
  • Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
  • Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
  • Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
  • Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.

PERIKSA PC ANDA SEBELUM TERLAMBAT!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails