6 Feb 2010

Panduan Memilih USB Flash Drive

Kewujudan  pemacu kilat USB (atau dikenali sebagai flash drive USB) pada zaman kini telah mengenepikan beberapa rumusan storan yang lain. Pemacu kilat USB sekarang sudah menjadi trend di kalangan individu yang sering menggunakan komputer.

Dengan kapasiti yang besar serta bentuk yang mudah dibawa menjadikannya medium storan yang paling utama. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan semasa anda memilih USB flash drive. 

Berikut merupakan panduan memilih USB flash drive :


1.    Sebelum membeli pemacu kilat USB, anda perlu lihat kemampuan dan tahap kewangan anda. Sebagai contoh, sekiranya anda hanya mempunyai wang sebanyak RM35, anda boleh mendapatkan pemacu kilat USB yang berkapasiti 1GB atau 2GB. Semakin besar kapasiti USB flash drive, semakin tinggi harganya.


2.    Pilihlah pemacu USB yang berkesesuaian saiznya. Ini kerana, jika anda memilih pemacu USB yang bersaiz ‘besar atau lebar’, ia mungkin boleh menyekat port USB yang lain pada PC atau laptop anda.


3.    Kapasiti juga merupakan perkara yang perlu diambilkira semasa membeli    pemacu USB. Berikut merupakan contoh  pemacu USB dengan kapasitinya yang sesuai dengan tujuan tertentu.
  • 128MB—256MB : Kapasiti ini mampu menyimpan lebih banyak fail foto, audio dan klip video yang pendek. 
  • 512MB—1GB : Dengan kapasiti sebesar ini, anda boleh menyimpan fail persembahan yang berkualiti tinggi, fail multimedia, malah juga beberapa perisian mudah alih (portable software). 
  •  2GB—4GB : Bagi kapasiti ini pula, anda boleh menyimpan pelbagai jenis fail seperti fail multimedia, perisian mudah alih dan sebagainya dalam jumlah yang banyak. 
  • 8GB—16GB : Pemacu USB dengan berkapasiti seperti ini membolehkan anda menyimpan lebih banyak fail dan data-data penting anda ke dalam kerana ia menawarkan ruang storan seluas pemacu keras (hard disk) yang berkapasiti kecil sebelum ini.
4.    Kepantasan pemindahan data. Carilah pemacu USB yang memiliki kemampuan pemindahan data yang cepat seperti model USB 2.0 tetapi ia tidak menjamin kadar pemindahan yang tinggi untuk semua jenis fail. Sesetengahnya hanya lebih laju apabila memindahkan fail kecil, tetapi agak perlahan apabila memindahkan fail besar.


5.    Anda juga perlukan ciri keselamatan atau sekuriti pada pemacu USB anda. Ciri keselamatan sangat penting kerana data-data yang tersimpan dalam pemacu USB itu mungkin data yang penting bagi anda. Ia tidaklah begitu menarik, tetapi boleh diharap bagi menghalang orang lain daripada melihat dan mengakses data anda.
    Terdapat beberapa ciri keselamatan yang boleh anda temui. Antaranya suis perlindungan penulisan dan enkripsi data. Anda juga boleh menggunakan perisian keselamatan yang percuma seperti removableTrezor atau Remora USB Guard.
Diharap panduan ini dapat membantu anda, Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails