6 Feb 2010

CARA MELINDUNGI PC ANDA

Jika PC anda sering dikongsi dengan rakan-rakan atau keluarga dan juga bersambung ke internet, maka ia pasti terdedah kepada jangkitan virus atau sebarang perisian jahat. Dengan cara-cara berikut boleh membantu anda dalam mengendalikan PC anda supaya anda tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku jangkitan virus.


PENGENDALIAN PC BERJANGKIT
    Pembersihan : Operasi pembersihan wajar dilakukan terutamanya jika prestasi komputer anda menjadi semakin lemah atau menurun. Jadi, anda mungkin perlu membersihkan folder `temporary internet files’ dan `temp’ terlebih dahulu. Jika langkah ini dirasakan sukar, tinggalkan dahulu dan lakukan kembali.

    Pemeriksaan segera : Bagi mendapatkan penilaian serta merta, langkah ini boleh dibuat dengan pergi ke mana-mana laman web yang menyediakan khidmat pengimbasan dalam talian (online). Selepas pergi ke laman tersebut, tunggu kira-kira 30 saat (mungkin lebih lama pada sistem perlahan) untuk melihat laporan yang muncul. Catat setiap jenis parasit yang berjaya dikesan. Perlu diingatkan, kaedah ini tidak semestinya menyeluruh, tetapi boleh memberi gambaran awal dan boleh mengesan parasit yang gagal dikesan dengan cara lain.




    Membuang program : Sesetengah parasit  boleh dibuang dengan mudah dan berkesan menerusi aplikasi Add/Remove Programs dalam Windows Control Panel. sesetengahnya masih degil dan tidak berjaya dibuang, bahkan banyak juga yang tidak kelihatan menerusi aplikasi ini. Bagaimanapun, sesetengahnya seperti parasit WildTangent, Weatherbug, dan Viewpoint yang sering ditemui, boleh dibuang disini.
    Jadi, sekiranya parasit itu berjaya disingkirkan menerusi aplikasi tersebut, maka tugas anda lebih mudah kerana tidak perlu menggunakan perisian pembersihan lain. Tetapi ada parasit-parasit serius yang gagal disingkirkan kelihatan dalam aplikasi Add/Remove Programs. Parasit-parasit itu dikenali sebagai My Search, MyWay, MyWeb, MyWebSearch, dan lain-lain lagi. Apa pun, parasit ini mesti dihapuskan.


    Menyediakan peralatan (tools) : Anda boleh memuat turun (download) mana-mana aplikasi pembanteras yang sesuai seperti CWShredder dan Ad-Aware. Selepas ia dimuat turun, ia boleh ditempatkan di bahagian desktop. Selepas perisian ini dipasang, anda boleh memutuskan talian internet sebelum PC anda di’restart’kan. Satu lagi aplikasi popular yang anda boleh gunakan ialah Spybot Search & Destroy.
   


    Jalankan CWShredder : Seterusnya, buka program CWShredder dari folder zipnya, dan tutup semua pelayaran web dan program lain yang sedang berjalan. Kemudian, pasang utiliti  ini dan aktifkan agar ia menjalankan operasinya. Anda boleh menjalankan CWShredder dahulu kerana ada sesetengah versi parasit seperti  CoolWebSearch yang boleh menghalang fungsi Ad-Aware dan utiliti seumpamanya dari berfungsi dengan berkesan. Kini, CWShredder dianggap sebagai salah satu peralatan yang penting.



   Jalankan Ad-Aware :  Pasang perisian ini, kemudian update dan baru dijalankan. Biar aplikasi ini membuang parasit yang ditemuinya. Perlu diingatkan, untuk parasit-parasit yang sedang beroperasi, Ad-Aware mungkin tidak boleh membuangnya ketika pengimbasan pertama. Biasanya, anda mungkin diminta untuk mencubanya sekali lagi selepas sistem di’boot’kan. Jadi cuba semula. Jika meminta berbuat begitu, anda boleh ’boot’ semula sistem dan menjalankan Ad-Aware sekali lagi.
    Bagi mendapatkan fungsi yang lebih canggih, anda boleh memasang dan menjalankan Spybot Search & Destroy. Dalam kebanyakan kes, anda boleh membuang item-item berwarna merah yang berjaya dikesannya. Bagaimanapun, anda mungkin masih perlu berhati-hati ketika menggunakan perisian ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails