8 Feb 2010

Lagi-Lagi Info Perisian Anti-Virus!

Perisian antivirus sangat penting untuk sesebuah komputer, ini bagi melindungi komputer tersebut daripada dimasuki oleh virus-virus komputer yang boleh menyebabkan kerosakan data dan sebagainya, terdapat beberapa perkara yang perlu kita titikberatkan semasa memilih antivirus untuk komputer anda. 
Antaranya ialah :

  • Pilih perisian antivirus yang sesuai dengan spesifikasi komputer anda, kerana adakalanya perisian antivirus yang dipasangkan boleh menyebabkan prestasi komputer anda menjadi lembab akibat ketidakseimbangan hardware dan software tersebut.
  • Pastikan perisian antivirus yang anda pilih mempunyai Real-Time Protection dan sistem update yang cepat.
  • Pilih perisian antivirus yang mempunyai sistem perlindungan secara automatik. Jika ada serangan virus dari luar, virus tersebut akan dihapuskan secara automatik sebelum ia masuk ke dalam sistem komputer.
  • Pilih perisian antivirus yang menyediakan kemudahan seperti Anti-Virus, Anti-Spyware, Web Shield, Guard, Anti-Spam, Anti-Rootkit, dan E-mail Scanner  dalam satu perisian.
  • Perisian antivirus yang anda pilih haruslah tidak terlalu besar saiznya, ini bertujuan untuk mengelakkan sistem pengoperasian komputer anda menjadi lembab.
  • Proses pemasangan (installation) dan penggunaan yang mudah. Pilih perisian antivirus yang mudah dipasang serta mudah digunakan (user-friendly).
  • Contoh-contoh perisian antivirus yang terbaik untuk digunakan adalah Kaspersky Anti-Virus, AVG Anti-Virus, AVIRA Antivir, BitDefender Anti-Virus, ESET NOD32 Smart Security, McAfee Anti-Virus, Cloud Anti-Virus, COMODO Internet Security dan Avast! Anti-Virus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails