8 Feb 2010

Cara Membuang Virus New Folder.exe

Virus New Folder.exe dianggap sebagai virus yang ‘menjengkelkan’ yang mungkin pernah menjangkiti komputer anda. Virus ini hanya  bersaiz 261 kb, tetapi berpotensi untuk merosakkan komputer anda.
Virus New Folder.exe biasanya disebarkan melalui flash drive/ pendrive dan  sebaik sahaja anda  double-klik virus tersebut, ia  akan membuat folder berformat .exe yang serupa dengan folder-folder yang terdapat dalam komputer/flash drive anda. 


Sebagai contoh, anda mempunyai folder yang  bernama “Aku Kiut”, kemudian virus tersebut akan membuat folder ‘Aku Kiut.exe’ dan  termasuk fail-fail yang terdapat dalam folder tersebut. Yang paling teruk tentang virus ini, ia menyekat  pengunaan Task Manager, Folder Options, Regedit dan sebagainya. Virus ini juga dikenali sebagai regsvr.exe.

    Untuk  menangani virus ini, anda boleh menggunakan remover tools ComboFix. Remover ini mampu menghapuskan virus New Folder.exe sama ada dari komputer atau pendrive. Muat turun ComboFix, kemudian restart komputer anda dan masuk ke Safe Mode (tekan F8). Sesetengah anti-virus akan mengesan remover tersebut sebagai  virus.  

Tetapi, anda tidak perlu risau kerana remover tersebut bukannya virus dan ianya selamat digunakan. Pelaksanaan (scanning) ComboFix akan mengambil masa antara 5-10 minit. Ia juga akan membuat restore point dan melakukan restart apabila perlu.  Biarkan flash drive  anda bersambung pada komputer buat seketika sekiranya flash drive and turut dijangkiti virus. 

Setelah ComboFix selesai dilaksanakan (scanning),  anda akan melihat senarai fail-fail yang  telah dihapuskan. Kebiasaannya, virus yang terdapat dalam komputer ini akan dihapuskan bersama-sama virus yang terdapat dalam flash drive. Semoga masalah  virus anda dapat diatasi.
SELAMAT MENCUBA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails