8 Feb 2010

Kenapa Komputer HANG?

Adakah anda pernah mengalami situasi di mana komputer yang sedang kita gunakan ‘hang’ secara tiba-tiba?

Pelbagai faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku dan kita sendiri tidak menyedarinya. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan komputer ’hang’ ialah :Konflik hardware—kadang kala situasi ini terjadi disebabkan ketidakupayaan sesebuah hardware untuk menyokong hardware lain untuk beroperasi. Sebagai contoh, motherboard tidak dapat menyokong kad VGA. Ini menyebabkan paparan pada skrin monitor kelihatan seperti berkotak-kotak. Masalah ini juga dikaitankan dengan pemasangan (installation) hardware yang tidak sempurna.Masalah RAM—RAM yang bermasalah juga menyebabkan berlakunya BSOD (Blue Screen Of Death). Ini juga berlaku akibat konflik pada 2 RAM yang spesifikasinya berbeza yang dipaksa untuk dipasangkan pada satu komputer. BIOS—Cuba lakukan update pada BIOS komputer anda, ini boleh mengurangkan risiko daripada komputer anda menjadi ‘hang’.Virus—Virus juga menyebabkan komputer kita menjadi ‘hang’. Inilah sebabnya kita perlu mempunyai perisian anti-virus yang baik dan dilengkapi dengan RTP (Real-Time Protection) pada komputer kita.Software (perisian)— Ini merupakan faktor utama yang menyebabkan komputer menjadi ’hang’. Sebelum anda memasang sesebuah perisian, anda juga perlu pastikan sama ada perisian tersebut menyokong sistem operasi (Windows XP, Vista, 7, Mac OS dsb.) komputer anda. Periksa juga sama ada ia sesuai dengan system requirements (Intel Pentium, AMD) komputer anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails