8 Feb 2010

Lindungi PC Anda: Tiga Langkah WAJIB!

Langkah 1: Gunakan Internet Firewall
    Sebelum anda menyambungkan komputer anda ke Internet, anda sepatutnya memasang firewall. Ini merupakan suatu perisian atau perkakasan yang membantu menghalang penggodam (hacker), dan banyak jenis virus dan cacing (worms), daripada mengakses komputer anda.


Firewall merupakan pertahanan barisan hadapan yang paling penting bagi keselamatan komputer. Anda juga harus menggunakan Windows® Update dan perisian antivirus untuk membantu melindungi PC anda.
   

Sekiranya anda memiliki komputer dengan Windows 2000 Professional, Windows Millennium Edition (Me), Windows 98, Windows 95, atau Windows NT, anda sepatutnya mendapatkan dan memasang sama ada firewall perkakasan atau perisian. Sumber yang berikut menyediakan maklumat lanjut tentang beberapa opsyen firewall.

Contoh Firewall yang anda boleh dapati ialah :
BlackICE PC Protection
McAfee Security
Symantec
Tiny Software: Tiny Personal Firewall
ZoneAlarm

Langkah 2: Dapatkan Kemas Kini Komputer
    Stesen Kerja Microsoft Windows NT®, Windows 98, Windows 98 Second Edition (SE), dan Windows 95 telah mencapai kitar hayat sokongannya. Kemas kini yang disediakan bagi Windows 98 boleh didapati berasaskan arkib di tapak Windows Update, dan tapak Web Sokongan Microsoft menyediakan sejumlah sumber yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan bantuan.
    Walau bagaimanapun, Microsoft tidak lagi menawarkan sokongan teknikal bagi versi ini. Oleh yang demikian, kami menggalakkan anda untuk pertimbangkan peningkatan kepada Windows XP Professional atau Windows XP Home Edition supaya anda dapat menikmati kebaikan Kemas Kini Automatik dan ciri-ciri keselamatan lain yang diperkenalkan semenjak sistem pengoperasian yang anda sedang gunakan dikeluarkan.

Langkah 3: Gunakan Perisian Antivirus Terkini

    Perisian antivirus ialah atur cara yang sama ada sedia terpasang pada komputer anda atau yang anda beli dan pasang sendiri. Ia membantu melindungi komputer anda daripada kebanyakan virus, cacing, Trojan, dan penceroboh lain tidak dikehendaki yang boleh membuat komputer anda "sakit." Virus, cacing, dan seumpamanya seringkali melakukan perbuatan jahat, seperti memadamkan fail, mengakses data peribadi, atau menggunakan komputer anda untuk menyerang komputer lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails