Permainan PAC-MAN kat Google? |
Google sangat dikenali dengan menukar logo homepage nya bagi merayakan acara-acara atau hari-hari istimewa/ulang tahun (doodle), tetapi hari ini buat pertama kalinya Google telah menukar logo homepage mereka dengan permainan Pac-Man sempena dengan ulangtahun ke-30 dari keluaran Pac-Man Jepun. Dan yang menariknya, logo Google (permainan Pac-Man) ini boleh diakses dan dimainkan.