15 Apr 2010

Digi Prepaid Internet

Hari aku akan post 1 entri yang berkaitan dengan Internet Pra-bayar (Prepaid Internet). Internet Pra-bayar yang aku maksudkan ialah DiGi Prepaid Internet. Aku mendapat tahu tentang 'kewujudan' Digi Prepaid Internet ini daripada risalah (brochure) DiGi dan juga daripada kawan aku yang telah memilikinya. Dia menerangkan segala maklumat berkaitan dengan Digi Prepaid Internet ini dan aku telah membuat keputusan untuk mendapatkan Prepaid Internet ini.

Dan pada hari Ahad yang lalu (11 April), aku telah membeli DiGi Prepaid Internet tersebut dengan harga RM25. Hanya dengan harga ini sahaja, aku dapat melayari internet dengan perkhidmatan yang terbaik daripada DiGi.


Aku berpuas hati dengan produk terbaru ini kerana :
  • Amat mudah dan senang - tiada pendaftaran dan pengaktifan diperlukan 
  • Praisi dengan akses Internet selama 5 hari 
  • Kelajuan muat turun (download) sehingga 384 kbps (di antara rangkaian Turbo 3G™) 
  • Nikmati Internet berkelajuan tinggi di seluruh negara (Turbo 3G™ & EDGE) 
  • Pek isi semula (reload) boleh didapati di semua lokasi seluruh negara

9 Feb 2010

Shut Down PC Dengan Hanya Satu Klik?

Mustahil?? Hmm.. Sekarang ia tidak mustahil bagi anda. Anda juga boleh lakukannya.
Ikuti arahan ini untuk membuat one-click shutdown :
  • Pergi ke Desktop anda. 
  • Pada Desktop, klik kanan dan pergi ke New, kemudian ke Shortcut (buat shortcut baru). 
  • Sekarang anda akan melihat pop-up yang mengarahkan anda untuk memasukkan command line path. Masukkan salah satu daripada ini sebagai path: SHUTDOWN-s-t 0

Menyelesaikan Masalah Windows Genuine Advantage

Jika anda mengalami masalah seperti gambar di atas, Windows Genuine Advantage Notifications. terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk membuang peringatan tersebut.

8 Feb 2010

Lagi-Lagi Info Perisian Anti-Virus!

Perisian antivirus sangat penting untuk sesebuah komputer, ini bagi melindungi komputer tersebut daripada dimasuki oleh virus-virus komputer yang boleh menyebabkan kerosakan data dan sebagainya, terdapat beberapa perkara yang perlu kita titikberatkan semasa memilih antivirus untuk komputer anda. 
Antaranya ialah :

Panduan Membeli Komputer Riba @ Laptop/Notebook

    Komputer riba ataupun lebih dikenali sebagai ‘laptop’ kini bukan lagi dianggap sebagai lambang kemewahan. Jika kembali ke tiga tahun yang lalu, dan lihat orang yang membawa laptop, kita  pasti menyangka bahawa orang tersebut merupakan orang yang berkelas tinggi dan orang yang kaya.
    Tetapi pada zaman sekarang, seiring dengan kemajuan teknologi ini, laptop bukan dilihat sebagai barang mewah lagi. Laptop sudah menjadi satu keperluan bagi setiap individu, sama ada individu yang masih belajar mahupun yang sudah bekerja.
    Saya tahu, anda yang berada di luar sana tentu menginginkan laptop kepunyaan sendiri, bukan? Mempunyai laptop kepunyaan sendiri adalah lebih baik dan sangat digalakkan berbanding menggunakan komputer di cyber café kerana keselamatan data-data kita akan lebih terjamin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails